Monday, March 5, 2012

Classmates and march Test

Assalamualaikum :)

sekarang ni kau tau, tinggal 12 orang je dalam kelas 4 sains Tulen agama. Bapak sedih je. Ada 3 je lelaki pulak tu. sedih lagi. Mas dengan Aishah dah tak ada. Sedih bertimpa. Ni yang nak tinggalkan sekolah ni. Hahaha.
Oh btw, aku mohon 3rd intake untuk kisas. Aku tau, why wasting time nak masuk asrama lagi? Dah lambat an? Ok Ada la sebab2nya yang aku tak nak beritahu. Tapi antara sebab lain adalah aku nak join shah dengan mas kat sana. Dah lah mimpi diorang kot tadi. Doakan aku Semoga dapat untuk intake tu :)


March test (Y)
BM bi dah lepas. Ada 9 paper lagi. Wow banyaksnyew.. Aku risau physics lah. Dengan addmaths. Tak pa ah. Eden tawakkal ajo. Target aku... Entahlah aku rasa aku redha je dengan keputusan march test aku. Yang penting aku usaha lebih untuk midyear.


Assalamualaikum :)

Saturday, February 25, 2012

Boyfriend

Assalamualaikum.

How does it feels like to have a boyfriend, eh? Entahla. Sepanjang 15 tahun sebulan lebih aku hidup kat dunia ni, aku tak pernah ada bf.

Eeee, noobnya kau ain -,-

K whatever.

Alkisah sebenarnya aku ada la jugak berangan pasal ada bf ni. Mesti seronok ada orang asyik tanya pasal aktiviti seharian kita. Belajar macam mana, makan banyak ke. And then belajar sama2. Joging sama. Ala2 soulmate gitu. Setiap kali Ada masalah, boleh kongsi. Haihhh~

Aku rasa, no offense, yang kalau aku nak ada pakwe, boleh je senang2 dapat. tapi kenapa aku choose to be single?
Well, first of all, aku ni serius kekok kalau berdua dengan lelaki. Macam lidah kelu la nak kata an. Kalau cakap mesti pelik meraban. Habis tu diam je le.,Second, aku ni cerewet babak nak memilih pasangan ni. Hewhew. Nak yang ni, taknak yang tu, tak suka yang ni, benci yang tu. haihhh macam2.Third, ada kew orang nak minat kat aku ni. Hahaha ayaaat, nak sedih je.
Tapi, reason yang paling penting sekali, aku tak berpasangan masa sekarang ni supaya aku dapat memberikan cinta yang pertama dan terakhir kat suami aku. InsyaAllah, ia lebih diredhai. Cinta kepada suami adalah cinta yang paling diredhai Allah swt :)

Hahahaha. Kalau orang yang tau aku, diorang mesti tak percaya apa yang aku cakapkan. Yelah, Aku kan muka hardcore. Muka tadak feeling. Muka tak fikir pasal cinta. Bak kata ecah, muka yang tak boleh dibaca. Kena rapat baru boleh baca. Aih dah macam buku pule.

Perempuan ni, sehardcore mana pun muka, tetap ada perasaan. Cam aku ni. Mwaaahaha( gelak kejam )

Jadi insyaAllah, selagi aku bernafas, aku akan cuba berpegang pada prinsip aku :)


Assalamualaikum...

Wednesday, February 15, 2012

Pengenalan track fun run (Y)

Assalamualaikum.

Semalam, ada latihan untuk fun run. Lalu jalan dia yang kot. Aku cadang tak nak lari langsung sebab nak jaga kaki yang tengah sakit ni for larian sebenar. And so I didn't coz aku pun dah janji dengan mas yang aku takkan lari. Langsung.

Bila start tu, aku jalan lenggang2 je. Rileks je macam nak pergi pasar (lol).aku jalan dengan mas and anis first2. Tapi makin lama diorang makin jauh.and lepas tu diorang lari. Sampai hati diorang tinggalkan aku T-T bukan ke kita dah plan tak nak lari pun....aku tak dapat kejar sebab cannot lari oh. I dah janji takkan nak khianat kot.aishah dengan yana yang jalan sesama dah jauh lagi. So i'm le one who's left behind.
Perghh... Memang tak puas hati ar an. So, aku challenge diri aku sendiri untuk pecut diorang. Tanpa berlari (Y). Bunyi macam susah sebab masanis dah jauh and yanaaishah memang dah tak nampak ah. Tapi aku cuba jugak. Aku jalan speed punya. And u know what? Aku orang yang pertama sampai kat sekolah. Antara geng aku la. Bukan pelajar pertama dalam seluruh pelajar sekolah yang sampai.gilaa hebat kalau camtu.

Aku puas sebab aku dapat sahut cabaran diri aku sendiri :)

That's all and assalamualaikum :3

gambar menunjukkan perkara2 lepas habis lari # ayat memang tak boleh skema lagi.

Tuesday, February 14, 2012

Feeling time

Assalamualaikum.

Post kali ni akan melibatkan perasaan. Nak kata emo, pun boleh. Hmm macam2 la kau ni ain..

So today I started off well at school. Pergi sekolah dengan ceria dan semangat(cehceh). Boleh la lagi nak bergelak ketawa bersama mereka. Tapi makin lama, mood aku makin down. Last2, aku jadi senyap and muka tak ceria(tak nak la cakap muka masam).

Asal aku tiba2 bad mood? Well bila aku bad mood mesti la ada puncanya kan.and girls->mood swing.benda ni kira cam sinonim. Tak sah kalau perempuan tak ada mood swing. Tapi Kalau ada jugak, ok aku jeles -,-
As i said in the previous post, kalau aku kecewa, serius aku sebut depan2. Sama ada kecewa sikit or banyak, aku still akan sebut. Kalau sikit je aku sebut main2.tapi kalau aku betul2 sangat gila kecewa,aku akan cakap dengan nada yang sedih, memek muka yang boleh nampak sangat la kecewa, and aku pandang dia dengan mata aku yang menzahirkan rasa kecewa gila. And after that aku takkan berapa nak cakap dengan dia.

Macam mana kau boleh tak nampak?aku tau la kau ingatkan aku kecewa main2 je tapi at least kalau orang cakap dia kecewa, cakaplah sorry ke pujuk ke.mana tau dia kecewa betul2. Macam aku ni. And bila kau belah camtu je, kecewa aku makin bertimpa2 lah jadinya. Sebab tindakan kau tu, aku fikir yang bukan2 like macam ni ke kawan. Aku langsung tak ada kawan yang memahami ke.aku ni memang loser ke. Korang tak suka aku ke.see, merepek an? Tapi sebab tindakan kau, otak aku boleh fikir sampai camtu sekali.

Please, at least, say sorry. Tu mungkin dapat naikkan sikit mood aku.

And one more thing,kawan kau, ramai.kalau nak buat sesuatu, tolonglah involve kan semua kawan kau. Jangan ajak seorang dua je. Nanti yang lain akan rasa terpinggir. Like me. Bila kau buat kat aku camtu, aku rasa macam kecewa gila.apa, aku ni bukan kawan kau ke?

Ok, mungkin kau tak ajak aku sebab kau tak nak ganggu aku yang memang tengah bad mood. But seriously, your action just made it worser. Buat aku lagi gloooooooooomy ada ah.

So jangan lah pinggirkan kawan kau yang perlukan sokongan. Yes, bila aku moody, aku memang perlu sokongan. Jadi, bila aku camni, sepatutnya kau naikkan la semangat aku,bukannya lagi pinggirkan. Kecewa aku ni jenis yang perlukan sokongan bukan kecewa yang tak nak diganggu.


Ok dah habis. Penattt.. Tapi puas sebab dapat luahkan perasaan :) selama ni aku pendam je rasa ni. Aku tak berani nak beritahu sesiapa sebab entahla. Aku just tak berani.

Orang cakap kalau luahkan perasaan kat blog boleh datangkan mudarat, aku tak rasa camtu sebab I didn't write anything wrong. Aku tak ada mentionkan sebarang nama. Aku just cakap 'kawan'. And kawan aku ramai. Bukan ciput je. Lagipun, aku nak at least ada orang tau apa yang aku rasa bila bad mood. And aku pun malas nak simpan rasa ni kat hati. Takut melarat je nanti....

Kalau kau, wahai kawanku, baca post ni, aku harap,SANGAT, kau faham.

Hahahaha... Emosi sungguh post kali ni. Kalau aku yang ceria baca balik post ni, mesti tergelak je. Tapi kalau moody, aku dapat selami apa yang post ni cuba sampai kan.kot. Hahahaha

Dah tamat. Nak letak gambar jugak ke? Haihhh ok laaa...(gambar semua tak ada makna yang special)

Assalamualaikum :)

Sunday, February 12, 2012

Lalala

Assalamualaikum.

Aku buhsan. Tak tau nak buat apa. So aku menaip la sebab tetiba dapat feeling. Sebenarnya aku tak tau apa yang nak ditulis. So aku ikut rhythm tangan ni je..hewhew


Hmmm... Actually banyak benda yang dah berlaku dalam hidup aku sejak kebelakangan ni. Tapi aku malas nak update pasal aku maaalaaasssss.....

Ok, aku ada cerita. Yeayy :D

ok so petang tadi dah dua kali aku kecewa. First of all, aku kecewa pasal this friend of mine laaa.. So aku cakap kat ahli 3Ain yang aku kecewa.. Hahaha aku ni jenis yang sebut je kalau aku kecewa. Aku akan cakap

"weh aku tengah kecewa nih"
"aku kecewa gila dowh"
And blablabla.

The fact is aku memang kecewa dalam hati kalau aku sebut yang aku kecewa even though suara aku cam memain je. Entahla, aku just nak orang tau yang aku kecewa. Eee manjaaaa... Lol seriously NOT.

Ok sambung cerita. Bila kita sakit, kita mesti la nak ubatnya. Sama la cam kecewa. Aku nak cari penawar kekecewaan tu (ayyat memang boleh jalan). So apa aku buat?

First step, bukak lagu.
Second step, sing along (kira karaokelah ni)
Third one, dance along.

LOL. Hahahaha

I know it sounds like soo girlish but itu la apa yang aku buat.tambah pulak Ada si fidot, lagi la rasa nak menggila je. Kitorang berduet, menari sama2, and u know what,my tension, my sadness,GONE. Aku dah boleh senyum cam biasa. Hahahaha


And kecewa yang kedua, takleh cerita(ngehehe) tapi melibatkan soal hati la. So yeah, kecewa datang balik. Aku buat cam cara tadi, dah takleh pakai. Pengajarannya, cara yang kat atas tu hanya boleh diguna pakai sekali je. Hehehe.only valid once.
So aku pun try cara rohani. Pasang lagu Sami Yusuf, maher zain, irfan
Makki (sebelum ni pasang lagu english pop ngeehee) and aku sing along. Alhamdulillah, tenang tu dah dapat. Fidot pun join karok sebab tau lirik.. Lagu pun yang selalu aku pasang. So kira usahasama bernyanyi la ni....


The moral story is, cari la penenang apa pun, diri kita akan nak ke arah kerohanian jugak.. :)

That's all. Aku akan upload gambar sikit(benda wajib tatkala post blog). Gambar boleh menjadi tak ada sebarang makna. Hehehe tangan dah gatal nak upload nak buat camna...


Asalamualaikum :)

Thursday, February 2, 2012

Budak keluar dan masuk :)

Assalamualaikum :)

Sekarang ni, acap, zakwan, irfan, aiman and umar dah tak ada :( diorang semua dah masuk asrama..cuma tinggal bad, nabil, and amir (badamil). Kelas aku dah tak ceria+happening sebab dah tak ada siapa yang nak buat lawak bodo2.. :( Selalu acap and aiman yang mengetuai benda2 macam ni. Terasa jugak ar kan kehilangan diorang. Perempuan semua stay. Aku? Tengah tunggu second intake lerr..

Ada sikit gambar perpisahan mereka :'(


( bad dok peluk gila2 acap)

Zakwan masa ni tengah buat ucapan perpisahan...


Tapi sekarang ni dah Ada pelajar Baru:D lelaki pulak tu....excited beb. Nak tau asal? Bukannya sebab gatal tapi aku dah lama nak tengok wajah classmate lelaki yang baru. Tiga tahun aku tengok muka yang sama so agak ah an... Hehehhe

Nama dia.....

Aku harap dia kecoh2 cam budak2 yang dah blah tu :)

Thursday, January 26, 2012

Adab terhadap Rasulullah saw :)

Assalamualaikum.

Hari ni, aku belajar AlQuran dan AsSunnah (AQS) dengan ustaz Amin . Topiknya seperti yang tertera di atas :) seghonok sangat belajar tajuk ni. Rasa tenang je dengar ustaz bercerita. Pasal peribadi Rasulullah saw, kisah2 sikit... Terasa betapa mulianya insan bernama Muhammad saw ni. Antara ilmu baru yang aku dapat,
- siapa yang melawat makam Baginda saw,dijanjikan baginya syafaat Rasulullah saw.
-tidak sempurna iman seseorang sekiranya kita mencintai orang lain melebihi nabi Muhammad saw.
-kalau kita berselawat kat Nabi saw, Allah swt akan berselawat atas kita sepuluh kali (ambik kau)MashaAllah...

Conclusion nya adalah, marilah kita berselawat ke atas nabi Muhammad saw supaya dapat ganjarannya dunia dan akhirat, InsyaAllah :) kita pun kena la pupuk cinta kita kepada nabi saw...


Lepas tu, ustaz ada tunjuk satu video seorang artis melayu yang ada unsur illuminati. Nak tau siapa? Search lagu Ada Saja. Hah itulah dia...(kalau korang dah tau,sorilah aku bagi informasi lapuk)

Akhir kata, aku nak ucapkan terima kasih ustaz sebab ajar aku ilmu yang sangat bernilai dan bermanfaat :)


Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wa barik wa sallim....

Assalamualaikum :)

Aktiviti yang semalam

Assalamualaikum.

Semalam, aku dengan mas tengok wayang, layang cerita Bujang Telajak. Lakonan nabil, johan and apek. Komen aku pasal cerita ni- LAWAK GILA. Diorang dok berebut perempuan yang sama. And bla bla bla... Nak tau? Tengok sendiri :p

Gambar :D


Assalamualaikum :)

Tuesday, January 24, 2012

The story of today

Assalamualaikum.

Hari ni, aku cycling sama tempat macam semalam. The third time aku berbasikal dekat highway :D kosong gila je kot. Boleh dikira dengan jari kereta yang lalu lalang. And penat gilaaaaa... Aku benci berbasikal dekat highway.

Kenapa?

Bila berbasikal tengah jalanraya, aku dapat tau sejauh mana lagi aku kena kayuh. And highway jarak dia like hell. So aku akan merungut sepanjang kayuhan. Bukit dia dahla jauh and tinggi. Haihhh.... Nasib baik tak banyak kenderaan..

Hmmm, lepas tu aku pergi kl (bukan berbasikal ye) dengan family. Dapat la tangkap sehelai baju and pin rantai2. Seronok :D

Sedikit gambar untuk tatapan semua:)

Ok, assalamualaikum.

Sunday, January 22, 2012

Jalan Pahang B-)

Assalamualaikum.

So, hidup aku dua hari ni tak adalah mengujakan sangat. Aku just pergi rumah saudara aku, pak Lang and Mokde. Both dekat Pahang. Jalan menuju ke sana lalu highway Karak pulak. Hahaha tapi tak ada benda yang pelik setakat ni terjadi dalam perjalanan, alhamdulillah...

Sampai rumah pak lang dalam pukul 11 lebih. Lepas tu ada pulak cerita seram. Aku, abang and fidot layan lah. Habis dekat pukul tiga pulak. Lepas tu aku cepat2 tidur. Hahahaa

Aku tak ada banyak sangat yang nak diceritakan. Tapi ada la sikit2 gambar untuk tatapan semua :D

Ok assalamualaikum :)





Friday, January 20, 2012

Tawaran SBP

Assalamualaikum.

haa, korang agak aku dapat ke tak?




untuk pengetahuan anda2 semua, aku, anis, mas, yana, aishah tak dapat pun tawaran. kecewa tau tak, KECEWA? sedih sangat bila tengok dia tulis 'anda tidak menerima sebarang tawaran'.

tapi aku ok jugakla sebab semua geng aku tak dapat jugak. kira berteman la ni... kitorang semua mohon Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). well, sekolah tu semua budak bijak2 and beriman and satu Malaysia nak masuk situ. so, kitorang agak faham la kenapa kitorang tak dapat. tapi, Umar dapat...

Tahniah, Umar. Semoga kau menjadi mukmin yang cemerlang di sana :)

hey2, korang ingat aku nak mengalah camtu je ke? aku dengan geng aku akan buat e-rayuan untuk apply for second intake tau. tapi kalau tak dapat jugak, maknanya aku memang ditakdirkan untuk menjadi antara pelajar 11A pertama kat sekolah SMKP8(1), InsyaAllah Amin..
:)

(cakap lebih, study kena kuat!) ngaa~~



ok buybai.

Assalamualaikum :)

Thursday, January 19, 2012

Tidur Awal

Assalamualaikum.

Tajuk mantap, kan? (Y)

haihh, aku pun naik risau la sekarang ni. pukul 8, pukul 9 aku mesti dah mengantuk. last2 buat kerja rumah separuh lepas tu cari katil.dah jumpa tu, tak lama, bye2 lah.

MACAM MANA AKU NAK MASUK ASRAMA MACAM NI?(macam dapat je)

talk about asrama. lols. aku dah tertipu. TERTIPU, tau tak? hahahaha. mula2 aku semak tawaran kemasukan SBP aku punya. lepas tu aku punya la kecewa habis tak dapat tawaran. tapi aku redha la, sebab Allah perancang yang terbaik. lepas tu, check yana dengan anis punya. tak dapat jugak. hah, masa tu aku rasa ringan sikit. at least tak ada sesiapa tinggalkan aku lagi.ngeehehe.. lepas tu aku try la banyak2 kali.last2, majal tak majal borang semakan tawaran tu untuk f4 2011 pulak. Aku dah tergelak dah. patut la semua dia tak terima. gilo kena tipu baik punya. anis bila tau aku salah buat hantar sms muka -,- banyak2. aku gelak je.ngaaaa~ tapi aku rasa berhikmah jugak benda ni terjadi sebab sekarang aku masih ada harapan. InsyaAllah aku harap sangat aku dapat masuk, Amin..

ok, back to le topic. TIDAKKK~! macam mana aku nak survive kalau duduk asrama ni?aigoo2 aku harap musim aku tidur awal cepat habis. sebab ianya merugikan! aku tak siap kerja sekolah, aku tak study. macam mana nak jadi pelajar cemerlang ni.. insaf la, Ain..

oh yeah, pagi tadi aku tak pergi sekolah. I sakit yew.. hahaha bosan gila aku duduk rumah. aku tidur masa pagi, lepas tu tengok tv,lepas tu lepak bilik, lepas tu makan, lepas tu tengok tv. Ipod aku dahlah tak ada sebab bagi anis tolong downloadkan lagu. booooSAN. mula2 aku ingat nak pergi sekolah bila sakit dah hilang. last2, alaah tak apalah bukan selalu aku sakit masa sekolah. sekali kala ambik leave tak salah kott..hahaha

sekarang pukul 10.15pm. sebelum ni aku tidur daripada pukul 5-6 lebih. pukul 930pm baru aku bangun.hahaha. ni masa tengah menaip muka aku tengah sembam la ni(Y) .salah satu cara aku untuk elak daripada tak study adalah dengan cara ni. harap2 mujarab yew...

okay, bubai.

Assalamualaikum :)




Sunday, January 15, 2012

New gadget! weee~~

Assalamualaikum.

guys, nak tau gadget apa yang aku beli?


new Ipod Touch wohooo~


hahahaha. ini semua sebab pengaruh kawan2 aku la ni. yana, anis, aishah dah ada sendiri punya. aku pun join jugak la sebab macam seronok jugak tengok menda ni.
aku beli Ipod ni bukan semata2 nak dengar lagu, tapi Apps dia yang aku minat tu. boleh la bila aku tengah tunggu bas ke, masa lonely ke, aku guna benda ni. kira macam game device lerr... terisi sikit kebosanan. lagi satu, aku malas ah kan nak gaduh dengan adik aku nak main laptop sebab nak online fb. boleh on dekat Ipod je. weeehhuuu seghonoknyew~

sekarang ni, aku tengah agak pening ar sebab nak setting 'alien' ni. terlampau asing sampai aku naik gila menguruskannya. nasib baik ada tutorial daripada yana dan anis idolaku. kalau tak, BUNTU.TITIK. yelah, aku ni buta gajet jugak sebenarnya. biasalah, budak nerd. lols.

hmmm, ok that's all bubyes :B

assalamualaikum :)



Saturday, January 14, 2012

stories of my tortoises

tajuk : Syukur in memory

Assalamualaikum,

dear reader,
pada jumaat yang lalu, kura2 peliharaanku, Syukur telah meninggalkan dunia setelah hidup hanya dalam masa 2 bulan lebih. permulaan hidupnya sangat aktif. sangat nakal. tapi pada akhir tahun lepas, dia start sakit. tak nak makan lalu badan makin lemah. punca penyakitnya kurang jelas. aku beli makanan yang mungkin dapat sembuhkan dia, malangnya, aku terlambat. tak sempat nak bagi pun. jadilah cik ct keseorangan tak berteman. isteri kematian suami. janda terlampau muda.

RIP Syuk :'(


^
video pasal syuk :(


I don't have much pictures of him. tu je la yang ada.

he's such an adoring boy. even though dia nakal and aktif sangat awal2.. tak reti nak duduk diam, tak sangka dia yang pergi dulu sebelum cik ct sebab dulu cik ct pun sakit teruk, tapi alhamdulillah dah terlebih sihat dah sekarang ni. aku siap plan dah nak lepaskan dia dengan cik ct kat tasik bila dah besar sikit, tapi nampaknya ct je la yang akan experience tu..

tengah hari tadi, aku dah kuburkan dia kat belakang rumah aku. siap letak sebijik batu besar (kira batu nesan la). aku ada tanam pokok atas kubur dia..insyaAllah aku akan lawat dia bila2 masa..

rest in peace, syukur. i love you ;'(


____________________________________________________________________

tajuk : sekarang ceghita cik ct pulak.

hmm,, sekarang aku nak habaq pulak pasal cik ct ni. seekor betina yang saaangat comel tapi tak berapa cerdik cam arwah Syuk ah. tapi dia comel. tapi dia tak cerdik. ok duh..haha..gambar2 ni baru je ambil dalam beberapa jam yang lalu.

1. dia ni nakal sangat. sekeras kepala cam arwah Syuk. dasar betina tak beradab.hahaha. tengok, nak shoot dia pun kena pegang ketat2. kalau tak, free je terbang melayang ke lantai. jadi cam kura2 dalam wonderpet (Y). dia ni kadang2, bijak la jugak. bila aku letak dia atas tangan tinggi2, dia jenguk2 bawah lepas tu dia tak hentam kromo terjun gaung cam arwah syuk.
2. haaa, ni sifat dia yang aku agak suka tapi geram. bila aku halang dia dengan sesuatu untuk mengelakkan dia jatuh katil, dia mesti akan gali2 mendalah tu sampai dapat masuk kepala dia (masuk badan kira bonus la) lepas tu duduk senyap2. pastu kalau aku biarkan lama sikit, tengok2, lorghhh, dah tidur rupanya. lol. tapi dia cepat bangun gak. tak lama aku tangkap dia curik2 tidur, celiklah mata tu. eeehhh, nakal!
3. baru nak belajar pillow-climbing. comel kaann..? :D
4. ekspedisi menjelajah bilik. kalau lepas pandang sikit, hmmm, sekelip mata je hilang. laju woaa dia jalan. terkedek2. macam kura2 tengah catwalk.comel..hahaha.


emmm..abaikan la penyapu tu ye pasal aku baru kemas bilik tapi malas nak keluarkan alatannya.hehehe.... hati tak berapa terbuka lagi nak keluarkan.ngee..


ok, that's all.

assalamualaikum :)