Assalamualaikum.
How does it feels like to have a boyfriend, eh? Entahla. Sepanjang 15 tahun sebulan lebih aku hidup kat dunia ni, aku tak pernah ada bf.
Eeee, noobnya kau ain -,-
K whatever.
Alkisah sebenarnya aku ada la jugak berangan pasal ada bf ni. Mesti seronok ada orang asyik tanya pasal aktiviti seharian kita. Belajar macam mana, makan banyak ke. And then belajar sama2. Joging sama. Ala2 soulmate gitu. Setiap kali Ada masalah, boleh kongsi. Haihhh~
Aku rasa, no offense, yang kalau aku nak ada pakwe, boleh je senang2 dapat. tapi kenapa aku choose to be single?
Well, first of all, aku ni serius kekok kalau berdua dengan lelaki. Macam lidah kelu la nak kata an. Kalau cakap mesti pelik meraban. Habis tu diam je le.,Second, aku ni cerewet babak nak memilih pasangan ni. Hewhew. Nak yang ni, taknak yang tu, tak suka yang ni, benci yang tu. haihhh macam2.Third, ada kew orang nak minat kat aku ni. Hahaha ayaaat, nak sedih je.
Tapi, reason yang paling penting sekali, aku tak berpasangan masa sekarang ni supaya aku dapat memberikan cinta yang pertama dan terakhir kat suami aku. InsyaAllah, ia lebih diredhai. Cinta kepada suami adalah cinta yang paling diredhai Allah swt :)
Hahahaha. Kalau orang yang tau aku, diorang mesti tak percaya apa yang aku cakapkan. Yelah, Aku kan muka hardcore. Muka tadak feeling. Muka tak fikir pasal cinta. Bak kata ecah, muka yang tak boleh dibaca. Kena rapat baru boleh baca. Aih dah macam buku pule.
Perempuan ni, sehardcore mana pun muka, tetap ada perasaan. Cam aku ni. Mwaaahaha( gelak kejam )
Jadi insyaAllah, selagi aku bernafas, aku akan cuba berpegang pada prinsip aku :)
Assalamualaikum...
Saturday, February 25, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









0 comments:
Post a Comment