Saturday, February 25, 2012

Boyfriend

Assalamualaikum.

How does it feels like to have a boyfriend, eh? Entahla. Sepanjang 15 tahun sebulan lebih aku hidup kat dunia ni, aku tak pernah ada bf.

Eeee, noobnya kau ain -,-

K whatever.

Alkisah sebenarnya aku ada la jugak berangan pasal ada bf ni. Mesti seronok ada orang asyik tanya pasal aktiviti seharian kita. Belajar macam mana, makan banyak ke. And then belajar sama2. Joging sama. Ala2 soulmate gitu. Setiap kali Ada masalah, boleh kongsi. Haihhh~

Aku rasa, no offense, yang kalau aku nak ada pakwe, boleh je senang2 dapat. tapi kenapa aku choose to be single?
Well, first of all, aku ni serius kekok kalau berdua dengan lelaki. Macam lidah kelu la nak kata an. Kalau cakap mesti pelik meraban. Habis tu diam je le.,Second, aku ni cerewet babak nak memilih pasangan ni. Hewhew. Nak yang ni, taknak yang tu, tak suka yang ni, benci yang tu. haihhh macam2.Third, ada kew orang nak minat kat aku ni. Hahaha ayaaat, nak sedih je.
Tapi, reason yang paling penting sekali, aku tak berpasangan masa sekarang ni supaya aku dapat memberikan cinta yang pertama dan terakhir kat suami aku. InsyaAllah, ia lebih diredhai. Cinta kepada suami adalah cinta yang paling diredhai Allah swt :)

Hahahaha. Kalau orang yang tau aku, diorang mesti tak percaya apa yang aku cakapkan. Yelah, Aku kan muka hardcore. Muka tadak feeling. Muka tak fikir pasal cinta. Bak kata ecah, muka yang tak boleh dibaca. Kena rapat baru boleh baca. Aih dah macam buku pule.

Perempuan ni, sehardcore mana pun muka, tetap ada perasaan. Cam aku ni. Mwaaahaha( gelak kejam )

Jadi insyaAllah, selagi aku bernafas, aku akan cuba berpegang pada prinsip aku :)


Assalamualaikum...

Wednesday, February 15, 2012

Pengenalan track fun run (Y)

Assalamualaikum.

Semalam, ada latihan untuk fun run. Lalu jalan dia yang kot. Aku cadang tak nak lari langsung sebab nak jaga kaki yang tengah sakit ni for larian sebenar. And so I didn't coz aku pun dah janji dengan mas yang aku takkan lari. Langsung.

Bila start tu, aku jalan lenggang2 je. Rileks je macam nak pergi pasar (lol).aku jalan dengan mas and anis first2. Tapi makin lama diorang makin jauh.and lepas tu diorang lari. Sampai hati diorang tinggalkan aku T-T bukan ke kita dah plan tak nak lari pun....aku tak dapat kejar sebab cannot lari oh. I dah janji takkan nak khianat kot.aishah dengan yana yang jalan sesama dah jauh lagi. So i'm le one who's left behind.
Perghh... Memang tak puas hati ar an. So, aku challenge diri aku sendiri untuk pecut diorang. Tanpa berlari (Y). Bunyi macam susah sebab masanis dah jauh and yanaaishah memang dah tak nampak ah. Tapi aku cuba jugak. Aku jalan speed punya. And u know what? Aku orang yang pertama sampai kat sekolah. Antara geng aku la. Bukan pelajar pertama dalam seluruh pelajar sekolah yang sampai.gilaa hebat kalau camtu.

Aku puas sebab aku dapat sahut cabaran diri aku sendiri :)

That's all and assalamualaikum :3

gambar menunjukkan perkara2 lepas habis lari # ayat memang tak boleh skema lagi.

Tuesday, February 14, 2012

Feeling time

Assalamualaikum.

Post kali ni akan melibatkan perasaan. Nak kata emo, pun boleh. Hmm macam2 la kau ni ain..

So today I started off well at school. Pergi sekolah dengan ceria dan semangat(cehceh). Boleh la lagi nak bergelak ketawa bersama mereka. Tapi makin lama, mood aku makin down. Last2, aku jadi senyap and muka tak ceria(tak nak la cakap muka masam).

Asal aku tiba2 bad mood? Well bila aku bad mood mesti la ada puncanya kan.and girls->mood swing.benda ni kira cam sinonim. Tak sah kalau perempuan tak ada mood swing. Tapi Kalau ada jugak, ok aku jeles -,-
As i said in the previous post, kalau aku kecewa, serius aku sebut depan2. Sama ada kecewa sikit or banyak, aku still akan sebut. Kalau sikit je aku sebut main2.tapi kalau aku betul2 sangat gila kecewa,aku akan cakap dengan nada yang sedih, memek muka yang boleh nampak sangat la kecewa, and aku pandang dia dengan mata aku yang menzahirkan rasa kecewa gila. And after that aku takkan berapa nak cakap dengan dia.

Macam mana kau boleh tak nampak?aku tau la kau ingatkan aku kecewa main2 je tapi at least kalau orang cakap dia kecewa, cakaplah sorry ke pujuk ke.mana tau dia kecewa betul2. Macam aku ni. And bila kau belah camtu je, kecewa aku makin bertimpa2 lah jadinya. Sebab tindakan kau tu, aku fikir yang bukan2 like macam ni ke kawan. Aku langsung tak ada kawan yang memahami ke.aku ni memang loser ke. Korang tak suka aku ke.see, merepek an? Tapi sebab tindakan kau, otak aku boleh fikir sampai camtu sekali.

Please, at least, say sorry. Tu mungkin dapat naikkan sikit mood aku.

And one more thing,kawan kau, ramai.kalau nak buat sesuatu, tolonglah involve kan semua kawan kau. Jangan ajak seorang dua je. Nanti yang lain akan rasa terpinggir. Like me. Bila kau buat kat aku camtu, aku rasa macam kecewa gila.apa, aku ni bukan kawan kau ke?

Ok, mungkin kau tak ajak aku sebab kau tak nak ganggu aku yang memang tengah bad mood. But seriously, your action just made it worser. Buat aku lagi gloooooooooomy ada ah.

So jangan lah pinggirkan kawan kau yang perlukan sokongan. Yes, bila aku moody, aku memang perlu sokongan. Jadi, bila aku camni, sepatutnya kau naikkan la semangat aku,bukannya lagi pinggirkan. Kecewa aku ni jenis yang perlukan sokongan bukan kecewa yang tak nak diganggu.


Ok dah habis. Penattt.. Tapi puas sebab dapat luahkan perasaan :) selama ni aku pendam je rasa ni. Aku tak berani nak beritahu sesiapa sebab entahla. Aku just tak berani.

Orang cakap kalau luahkan perasaan kat blog boleh datangkan mudarat, aku tak rasa camtu sebab I didn't write anything wrong. Aku tak ada mentionkan sebarang nama. Aku just cakap 'kawan'. And kawan aku ramai. Bukan ciput je. Lagipun, aku nak at least ada orang tau apa yang aku rasa bila bad mood. And aku pun malas nak simpan rasa ni kat hati. Takut melarat je nanti....

Kalau kau, wahai kawanku, baca post ni, aku harap,SANGAT, kau faham.

Hahahaha... Emosi sungguh post kali ni. Kalau aku yang ceria baca balik post ni, mesti tergelak je. Tapi kalau moody, aku dapat selami apa yang post ni cuba sampai kan.kot. Hahahaha

Dah tamat. Nak letak gambar jugak ke? Haihhh ok laaa...(gambar semua tak ada makna yang special)

Assalamualaikum :)

Sunday, February 12, 2012

Lalala

Assalamualaikum.

Aku buhsan. Tak tau nak buat apa. So aku menaip la sebab tetiba dapat feeling. Sebenarnya aku tak tau apa yang nak ditulis. So aku ikut rhythm tangan ni je..hewhew


Hmmm... Actually banyak benda yang dah berlaku dalam hidup aku sejak kebelakangan ni. Tapi aku malas nak update pasal aku maaalaaasssss.....

Ok, aku ada cerita. Yeayy :D

ok so petang tadi dah dua kali aku kecewa. First of all, aku kecewa pasal this friend of mine laaa.. So aku cakap kat ahli 3Ain yang aku kecewa.. Hahaha aku ni jenis yang sebut je kalau aku kecewa. Aku akan cakap

"weh aku tengah kecewa nih"
"aku kecewa gila dowh"
And blablabla.

The fact is aku memang kecewa dalam hati kalau aku sebut yang aku kecewa even though suara aku cam memain je. Entahla, aku just nak orang tau yang aku kecewa. Eee manjaaaa... Lol seriously NOT.

Ok sambung cerita. Bila kita sakit, kita mesti la nak ubatnya. Sama la cam kecewa. Aku nak cari penawar kekecewaan tu (ayyat memang boleh jalan). So apa aku buat?

First step, bukak lagu.
Second step, sing along (kira karaokelah ni)
Third one, dance along.

LOL. Hahahaha

I know it sounds like soo girlish but itu la apa yang aku buat.tambah pulak Ada si fidot, lagi la rasa nak menggila je. Kitorang berduet, menari sama2, and u know what,my tension, my sadness,GONE. Aku dah boleh senyum cam biasa. Hahahaha


And kecewa yang kedua, takleh cerita(ngehehe) tapi melibatkan soal hati la. So yeah, kecewa datang balik. Aku buat cam cara tadi, dah takleh pakai. Pengajarannya, cara yang kat atas tu hanya boleh diguna pakai sekali je. Hehehe.only valid once.
So aku pun try cara rohani. Pasang lagu Sami Yusuf, maher zain, irfan
Makki (sebelum ni pasang lagu english pop ngeehee) and aku sing along. Alhamdulillah, tenang tu dah dapat. Fidot pun join karok sebab tau lirik.. Lagu pun yang selalu aku pasang. So kira usahasama bernyanyi la ni....


The moral story is, cari la penenang apa pun, diri kita akan nak ke arah kerohanian jugak.. :)

That's all. Aku akan upload gambar sikit(benda wajib tatkala post blog). Gambar boleh menjadi tak ada sebarang makna. Hehehe tangan dah gatal nak upload nak buat camna...


Asalamualaikum :)

Thursday, February 2, 2012

Budak keluar dan masuk :)

Assalamualaikum :)

Sekarang ni, acap, zakwan, irfan, aiman and umar dah tak ada :( diorang semua dah masuk asrama..cuma tinggal bad, nabil, and amir (badamil). Kelas aku dah tak ceria+happening sebab dah tak ada siapa yang nak buat lawak bodo2.. :( Selalu acap and aiman yang mengetuai benda2 macam ni. Terasa jugak ar kan kehilangan diorang. Perempuan semua stay. Aku? Tengah tunggu second intake lerr..

Ada sikit gambar perpisahan mereka :'(


( bad dok peluk gila2 acap)

Zakwan masa ni tengah buat ucapan perpisahan...


Tapi sekarang ni dah Ada pelajar Baru:D lelaki pulak tu....excited beb. Nak tau asal? Bukannya sebab gatal tapi aku dah lama nak tengok wajah classmate lelaki yang baru. Tiga tahun aku tengok muka yang sama so agak ah an... Hehehhe

Nama dia.....

Aku harap dia kecoh2 cam budak2 yang dah blah tu :)